KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) |
Thursday, December 15, 2011
LAPORAN KO-KURIKULUM 2010
Kegiatan ko-kurikulum di SMU (A) Darul Ulum Jedok dijalankan setiap tahun sebagaimana yang digariskan oleh falsafah pendidikan Negara bagi melahirkan insan atau pun murid-murid yang mempunyai kecemerlangan diri yang seimbang iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek. Sebagaimana yang kita sedari bahawa kegiatan ko-kurikulum merupakan sebahagian aktiviti untuk merealisasikan matlamat pendidikan tersebut. Maka di sini, SMU (A) Darul Ulum tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran ini bagi melahirkan anak-anak bangsa yang seimbang pelajarannya.
Pada tahun ini, merupakan tahun kedua sekolah ini dapat menyertai aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan setelah sekolah ini berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), di samping itu juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Islam Kelantan(YIK) yang merupakan pihak penganjur yang utama harus diikuti oleh sekolah ini.
Pada tahun ini juga nampaknya pencapaian dalam aktiviti ko-kurikulum cukup memberangsangkan juga di mana, sekolah ini berpeluang mendapat Johan bagi aktiviti badan beruniform bagi kategori Kembara yang dianjurkan oleh PPD Tanah Merah iaitu program yang diberi nama “Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform TQE” bertempat di Camp Site Telaga Bijih dan satu lagi aktiviti sekolah ini telah meraih Johan iaitu bagi “Perkhemahan Badan Beruniform” yang dianjurkan oleh JPN bertempat di Kuala Krai bersebelahan PPD Kuala Krai Kelantan. Kategori yang dimenangi ialah Kem Kraf.
Selain itu, tidak kurang juga aktiviti-aktivi yang berjalan di peringkat sekolah seperti sukan tahunan, pertandingan ko-ilmiah, perkhemahan badan uniform, latihan silat dan sebagainya. Akhir sekali, diharapkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada tahun akan terus dijalankan dan mendapat peningkatan pencapaian dan juga penyertaan murid dalam tiga kategori aktiviti Ko-kurikulum iaitu Badan Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan.
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI KO-KURIKULUM YANG DIJALANKAN PADA TAHUN 2010
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
1.Pertandingan Kawad Kaki
2. Pertandingan Bantu Mula
3. Pertandingan Masakan
4.Kembara dan Ikhtiar Hidup
ACARA SUKAN TAHUNAN
-Bola Jaring-
-Bola Tampar-
-Sepak Takraw-
-Badminton-
Subscribe to:
Posts (Atom)