Wednesday, February 1, 2012

LAPORAN AKTIVITI KO-KURIKULUM 2011

SMU (A) DARUL ULUM (SABK) JEDOK
LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI KO-KURIKULUM 2011 (PERTANDINGAN)
PERTANDINGAN
TARIKH
TEMPAT
PERINGKAT/PENCAPAIAN
Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris
26/02/2011
DEWAN SMU (A) DARUL ULUM JEDOK
(TUAN RUMAH)
ZON8(YIK) / KEDUA
Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu
26/02/2011
Maahad Raudhah An-Nazirin Jerimbong
Zon8(YIK)/saguhati
Pertandingan Syarahan Bahasa Arab
26/03/2011
Maahad Al-Sabirin Ayer Lanas
Zon8(YIK)/saguhati
Pertandingan Nasyid
07/04/2011
Dewan SMU (A) Diniah Gunung,Batu  Melintang
Zon8(YIK)/ketiga
Perkhemahan Bersepadu Unit
Beruniform SABK
05 – 07/05/2011
(Kem Telaga Bijih Batu Gajah Tanah Merah)
SABK PPD T.Merah/johan kawad kaki
Pertandingan Silat Seni Tempur
20/06/2011
SMK Bandar Machang
Negeri Kelantan/ke-4(Kategori Rendah)
Kuiz Bahasa Arab
20/06/2011
SMU (A) Tarbiah Islamiah Kuala Kajang
Zon8(YIK)/ke-4
Kuiz Matematik & Sains
20/06/2011
Maahad Al-Sabirin Ayer Lanas
Zon8(YIK)/kedua
Sambutan Hari Larian serentak 1Murid 1Sukan
02/07/2011
Padang SMU (A) Darul Ulum Jedok dan Sekitar Kampung Jedok(rentas desa)
Sekolah/cemerlang
Kejohanan Silat Olahraga Menengah
17/07/2011
Dewan Putera Kompleks Sekolah Kota Bharu
JPN

  
TUAN RUMAH PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA INGGERIS
PESERTA MENYAMPAIKAN SYARAHAN
Pertandingan syarahan Bahasa Inggeris telah diadakan pada 26 Februari 2011. SMU (A) Darul Ulum Jedok telah diberi penghormatan untuk menjadi Tuan Rumah di peringkat Zon 8.  Di peringkat Zon 8, sekolah-sekolah yang berentap dalam pertandingan ini melibatkan 8 buah sekolah Agama, iaitu selain sekolah ini seperti SMU (A) Tarbiah Islamiah  Kuala Kajang, Maahad Al-sabirin Ayer Lanas, SMU (A) Ansoriah Kemahan 1, SMU (A) Nahdatul Ulum  Jeli, SMU (A) Diniah Gunung Batu Melintang, Maahad Raudhah An-Nazirin Jerimbong dan SMU (A) Nurul Ihsan Kandek.  Johan bagi pertandingan ini dimenangi oleh peserta dari Maahad Al-sabirin Ayer Lanas.  Manakala kita sebagai Tuan Rumah hanya berjaya merangkul naib Johan.


PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT ZON 8


KUMPULAN NASYID DARUL ULUM
Kumpulan Nasyid SMU (A) Darul Ulum Jedok telah menyertai pertandingan peringkat Zon 8 dan berjaya mendapat tempat yang ketiga yang telah diadakan di SMU (A) Diniah Gunung Batu Melintang.  Diharapkan kumpulan nasyid Darul Ulum terus berusaha untuk merebut kedudukan Johan kelak.



PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SABK DAERAH TANAH MERAH



Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform adalah merupakan satu aktiviti kolaborasi antara SABK di daerah Tanah Merah.  Sekolah SABK yang menyertai perkhemahan ini ialah seperti SMU (A) Al-Fitrah Pasir Sat, SMU (A) Arabiah Ternang dan SMU (A) Darul Ulum Jedok.  Pasukan badan uniform yang terlibat dalam program ini ialah seperti Kadet Remaja Sekolah (KRS), Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia.  Program ini telah diadakan di Kem Telaga Bijih Batu Gajah selama tiga hari dua malam.

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1M1S


SMU (A) Darul Ulum Jedok, juga turut serta mengadakan Larian 1Murid 1Sukan yang mana larian ini diadakan serentak di seluruh negeri di Malaysia pada 2 julai 2011.  Aktiviti telah melibatkan semua warga Darul Ulum.  Acara-acara pertandingan yang diadakan pada hari ini seperti bola tampar, badminton, futsal, tarik tali, sepaktakraw dan ping pong yang melibat pelajar, guru dan kakitangan sokongan sekolah.  Bagi pemenang-pemenang dalam setiap acara yang diadakan diberi hadiah.




Thursday, December 15, 2011

LAPORAN KO-KURIKULUM 2010
Kegiatan ko-kurikulum di SMU (A) Darul Ulum Jedok dijalankan setiap tahun sebagaimana yang digariskan oleh falsafah pendidikan Negara bagi melahirkan insan atau pun murid-murid yang mempunyai kecemerlangan diri yang seimbang iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek.  Sebagaimana yang kita sedari bahawa kegiatan ko-kurikulum merupakan sebahagian aktiviti untuk merealisasikan matlamat pendidikan tersebut.  Maka di sini, SMU (A) Darul Ulum tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran ini bagi melahirkan anak-anak bangsa yang seimbang pelajarannya. 
            Pada tahun ini, merupakan tahun kedua sekolah ini dapat menyertai aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan setelah sekolah ini berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), di samping itu juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Islam Kelantan(YIK) yang merupakan pihak penganjur yang utama harus diikuti oleh sekolah ini.
Pada tahun ini juga nampaknya pencapaian dalam aktiviti ko-kurikulum cukup memberangsangkan juga di mana, sekolah ini berpeluang mendapat Johan bagi aktiviti badan beruniform bagi kategori Kembara yang dianjurkan oleh PPD Tanah Merah  iaitu program yang diberi nama “Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform TQE” bertempat di Camp Site Telaga Bijih dan satu lagi aktiviti sekolah ini telah meraih Johan iaitu bagi “Perkhemahan Badan Beruniform” yang dianjurkan oleh JPN bertempat di Kuala Krai bersebelahan PPD Kuala Krai Kelantan.  Kategori yang dimenangi ialah Kem Kraf.
            Selain itu, tidak kurang juga aktiviti-aktivi yang berjalan di peringkat sekolah seperti sukan tahunan, pertandingan ko-ilmiah, perkhemahan badan uniform, latihan silat dan sebagainya.  Akhir sekali, diharapkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada tahun akan terus dijalankan dan mendapat peningkatan pencapaian dan juga penyertaan murid dalam tiga kategori aktiviti Ko-kurikulum iaitu Badan Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan.














GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI KO-KURIKULUM YANG DIJALANKAN PADA TAHUN 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
1.Pertandingan Kawad Kaki
2. Pertandingan Bantu Mula
3. Pertandingan Masakan
4.Kembara dan Ikhtiar Hidup
ACARA SUKAN TAHUNAN
                                       -Bola Jaring-
-Bola Tampar-
-Sepak Takraw-

-Badminton-